Thursday, April 21, 2011

Puduraya Berwajah Baru!

Aku macam tak percaya, Puduraya yang dulunya usang, kotor, sesak dengan ramai orang, panas, sekarang dah berubah menjadi sebuah Airport mini untuk bas. Sejak dibuka bulan April (aku tak berapa ingat tarikhnya), kini Puduraya sudah berubah wajah. Ketika aku membuat lawatan sambil menyibuk ke tempat sejarah ni, masih ada beberapa kerja yang dilakukan bagi menyiapkan kerja-kerja yang belum diselesaikan. 

Dikhabarkan yang Puduraya baru ini hanya menempatkan perkhidmatan bas ke Utara dan Pantai Timur serta sekitar KL sahaja. Pada hari Puduraya dibuka semula kepada orang ramai, secara automatiknya stesen bas sementara di Bukit Jalil ditutup sepenuhnya. Maka, dengan rasminya jika anda mahu ke Selatan,silalah ke TBS di Bandar Tasik Selatan. Jika ke Utara,anda ada dua pilihan iaitu Hentian Duta dan Puduraya. Andainya mahu ke Timur, Pekeliling dan Puduraya. Selamat menaiki bas!















No comments:

Post a Comment