Thursday, April 28, 2011

Bagaimana Nak Format Laptop? (Edisi Windows XP)




Tutorial kali ini adalah mengenai Windows XP. Untuk mereka yang ingin belajar mengformat laptop menggunakan OS Windows XP. Untuk format OS XP, ada dua proses yang perlu anda lakukan. Pertama, format dan install Windows XP. Keduanya adalah proses selepas laptop berjaya diformat iaitu memasukkan driver. 


Untuk driver, anda perlu mencarinya sendiri di internet. Kalau nak maklumat lebih lanjut,sila tinggal komen di bawah.


Langkah-langkah untuk format Windows XP :


Step 1 - Masukkan CD Windows XP ke dalam CD/DVD Drive.
Step 2 - Restart komputer anda. Pastikan setting komputer anda "boot from CD". Setting ini            
            boleh dicari pada motherboard manual. Ketika skrin komputer anda berjaya "boot    
            from cd", paparan ini akan keluar. Tekan mana-mana butang pada keyboard.




Step 3 - Setup is loading now. Mungkin mengambil masa antara 2 hingga ke 3 minit.


4. Tekan butang F8 pada keyboard untuk "Agree the license agreement".


5. Tekan ENTER.


6. Tekan C untuk memilih partition dan membuat partition baru.


7. Tekan D untuk delete partition.


8. Tekan L untuk mengesahkan delete partition.


9. Pilih "Unpartitioned space" dan tekan C untuk buat partition baru. Partition ini akan 
   digunakan untuk menempatkan OS XP anda.


10. Pilih "Format the partition using the NTFS file system (quick)". Kemudian tekan ENTER.


11. Sekarang, system sedang format partition yang dipilih tadi.


12. Akhirnya, laptop berjaya diformat. Tekan ENTER untuk reboot laptop.Seterusnya, adalah 
     proses Windows Installation. Proses ini mungkin memakan masa hampir setengah jam. 


13. Laptop akan reboot. Dan Windows akan copy segala files dan systems ke dalam laptop   
     anda. Selamat berjaya!

2 comments:

  1. nak dpt driver dri web mne???
    ape je driver yg penting utntuk di install??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara pertama, kena tahu jenis model laptop. Lepas tu, baru boleh cari driver di internet. Banyak website yang menawarkan download driver secara percuma.

      Delete