Thursday, April 7, 2011

Bintang Paling Popular Berita Harian 2010


Tahniah buat Shaheizy Sam Abdul Samad atau lebih pupular dengan nama Sam atas kejayaan merangkul gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 pada hari Ahad yang lepas (3 April 2011). Mungkin tidak ramai yang mengenali jejaka tampan ini pada 17 tahun yang lepas ketika dia baru menceburi bidang lakonan. Namun hari ini, satu Malaysia akan menjerit apabila namanya diumumkan dalam segala acara yang dihadirinya. Siapa yang tidak mengenali Sam yang popular dengan taglinenya I Love U! 


Nama Sam mula dikenali ramai setelah lakonannya dalam filem arahan Syamsul Yusof iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Ada juga yang mengatakan populariti Sam melonjak ketika filem Adnan Sempit terbitan MiG. Walaubagaimanapun, Sam tetap popular hari ini atas kerja kerasnya selama 17 tahun. Bukan kejap tu. Ketika diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Sam telah berterima kasih kepada Dato' Siti Nurhaliza kerana telah menarik diri daripada anugerah tersebut, yang mana telah memberi laluan kepadanya untuk merangkul anugerah berprestij tersebut untuk julung kalinya. 


Terima kasih juga kepada gimik yang dirancang oleh Berita Harian untuk mengumumkan anugerah Bintang Paling Popular. Kau memang BEST la Usop Wilca!!!!!! Sape-sape yang setuju yang Usop Wilca dah popular di ABPBH 2010, sila angkat macam Usop Wilca...

No comments:

Post a Comment