1. Ambil makanan banyak-banyak. Nasi dah setinggi gunung kinabalu. Lepas tu, makan tak habis. Itu pembaziran. Anda tahu tak yang pembaziran itu amalan syaitan. Maknanya syaitan selalu mengamalkannya. Anda ni syaitan ke? Kalau bukan, anda ni peminat setia syaitan ke? Atau anda sahabat karib dunia akhirat syaitan? Itu satu hal. Satu hal lagi anda telah menyusahkan waiter. Nak kena angkat pinggan anda yang penuh dengan sisa makanan. Bersepah pula tu. Itu baru anda seorang. Kalau tuan rumah jemput 1000 jemputan, dan ada 300 orang macam anda? Berserabut kepala waiter nak kemaskan untuk anda. Ambillah sikit-sikit makanan tu. Kenapa? Takut makanan habis? Tak habis punya la kalau anda datang awal. Ambil sedikit makanan. Kalau tak cukup, tambah la lagi. Tak susah pun. Anda senang, waiter senang, biar syaitan sakit hati.
2. Jangan datang lambat. Anda harus ingat! Masjlis perkahwinan
selalunya akan berakhir pada jam 4 petang. Kadang-kadang selepas pengantin
sampai dan makan beradab, jemputan akan berkurangan atau pun tidak ada
langsung. Kalau anda datang lambat, makanan akan habis. Kalau makanan ada pun,
anda akan makan mengalahkan siput babi makan daun. Siput babi pun boleh menang
kalau lawan makan paling cepat dengan anda. Maka terpaksalah si waiter-waiter
menunggu anda habis makan. Nak kemas tak boleh. Sebab masih ada tetamu sedang
makan. Walhal, waktu kenduri sudah habis. Si waiter pun nak balik juga. Kenapa anda
datang lambat? Anda VVVVVVVVIP ke??? Sudah la datang lambat, nak makan meja VIP
yang ada dom. Kena lagi kat waiter catering terpaksa top-up lauk untuk anda. Tahu
tak yang penggunaan dom hanya sekali sahaja pada satu-satu majlis. TIDAK ADA
KALI KEDUA!!! Secara automatiknya dom akan ditutup selepas kali pertama!
3. Waiter catering bukan hamba abdi anda. Kalau nak minta
sesuatu, minta elok-elok. Pastikan yang permintaan anda itu berbaloi dan logik.
Jangan minta buah durian ketika buah oren sudah disediakan. Mana pernah orang
jamu buah durian masa majlis perkahwinan.
4. Makan bersepah-sepah. Bersepah meja kalau anda makan. Tisu bertaburan
di atas meja. Semua dah pakai. Kulit buah oren buang atas meja. Tulang ayam
letak atas meja. Apa guna pinggan yang diberi? Cuba makan elok-elok. Jaga kebersihan.
Meja pun tidak kotor.
5. Meja yang disediakan tidak cukup jika ada 100 orang yang
suka melepak lama-lama sambil merokok. Air pun tak cukup. Apa ntah lagi
pinggan. Duduk sampai 2 jam. Selama 2 jam itu, anda tambah air. Tambah air
lagi. Pun masih tambah air. Lapar balik. Tambah lagi lauk. Makan tak habis anda
biarkan. Anda ambil lauk yang lain dengan pinggan baru. Anda tambah minuman
dengan gelas baru. Kenapa tak pakai satu gelas je? Kotor? Anda sendiri yang
pakai. Kalau cakap kotor, maknanya anda mengaku yang diri anda seorang
pengotor.
=_=" .....
ReplyDelete