Sejak meletusnya fenomena Zombi Kampung Pisang pada tahun 2007, kini Mamat Khalid muncul lagi dengan filem seram komedinya yang berlatarbelakangkan Kampung Pisang(lagi..!) iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ketika era Zombi Kampung Pisang, ramai peminat (termasuklah aku) yang menghafal ayat2@skrip yang digunakan dalam filem tersebut seperti "Hidup Zombi Rempit!" dan lain-lain lagi.
Mamat Khalid pernah cerita yang satu hari, dia tinjau satu panggung wayang di KL masa filem Zombi Kampung Pisang ditayangkan. Bila cerita dah habis,dia tunggu kat pintu keluar. Masa penonton jalan keluar,dia dengar ada penonton yang menjerit "Hidup Zombi Rempit!". Mamat Khalid pun rasa bangga sebab bukan saja filemnya diterima oleh orang ramai, malah siap ada yang hafal skrip dalam filem tu lagi.
Kini, tiba giliran Hantu Kak Limah pula untuk menjejak langkah Zombi Kampung Pisang. Yang bestnya, Hantu Kak Limah penuh dengan skrip yang seronok dan popular di kalangan kipas susah mati Kampung Pisang. Hahaha...
Antara yang popular dalam Kak Limah :
"Siapa penulis skripnye tu?.......Hassan Muttalib."
"Kak Limah, tak tengok Akademi Fantasia ke?"
"Takkan tak tengok AC Mizal kot?"
"Hussin…Hussin…Hussin…!"
"Ya Allah! Dah besor perut. Sihatnya."
"Pada satu hari, burung2 pun berkicauan hari tu. Ada yang bekerja. Ada yang bergembira………….Bila kilat sabung-menyabung, lagi rasa sakit,Sin."
"Cecite..cecite..!"
"Pergh! Bau Telor! Takde sivik punye orang. Budaya kita wajah kita tau!"
"Kita tunggu sini. Kita tunggu sini. Kita back-up."
"Kalau bisa aku ceritai, pasti kalian tidak akan percaaya!"
"Aku ini orang Indonesia. Kalau ngak penuh ilmu di dada, tak sampai ke Puncak Everest."
"Ini kaki tgk dvd ni."
"Kite namo Choprak."
"Pelawok.pelawok.pelawok.pelawok…!"
"Keh.keh.keh.keh.keh,keh.keh..!"
"Bala.bala.sungguh bala.bala. bala.bala."
"Saloh lagu mano pulok?"
"Pada malam ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan kuliah fardhu ain kita pada hari sabtu ini ditunda kepada hari isnin depan………….Ooohhh, Isniiin."
"Saya bukanlah sedare, cuma sedare sesame Islam je."
"Begitulah flashback saye."
"Sape-sape di sini yang menyokong supaya umah kak limah tu kite bakor, dan kite menang dalam mesyuarat ini, sila angkat tangan macam saye (sambil menghayun tangan secara lemah-lembut)."
"Kite bakor..! Kite bakor..! Kite bakor je..!"
"Enjit-enjit semut…sape sakit naik atas…"
"Qonjang..qonjang..!"
"SOLEY! SOLEY!..."
"SOLEY! SOLEY!..."
No comments:
Post a Comment