Sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar untuk tidur di dalam kelas. Kalau tak tidur tu bukan pelajar la. Banyak faktor yang jika diambil kira sebenarnya amat remeh untuk dikaji tetapi itulah hakikatnya. Alasan seperti tidur lambat, lecture bosan (yang ini kadang2 pun betul juga), kelas panas, kelas sejuk sangat dan bermacam alasan lagi sudah menjadi perkara biasa. Di bawah ini tersedia beberapa tip untuk mengelakkan diri daripada mengantuk di dalam kelas mahupun dewan kuliah.
1. TIDUR SELAMA 8 JAM SEHARI. Tidur yang mencukupi menjamin kesegaran di dalam kelas. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar selalunya akan mencari waktu yang sesuai untuk mencukupi waktu tidurnya. Waktu kelas lah yang selalu menjadi mangsa keadaan.
2. TIDUR AWAL. Tidurlah pada jam 11 malam. Jadi, anda akan mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Moga-moga dapat bangun pada jam 7 pagi.
3. BANYAKKAN MINUM AIR BERTENAGA PADA WAKTU PAGI. Air bertenaga di sini maksudnya air yang boleh memberikan tenaga berlebihan kepada anda. Contohnya air kopi, Tongkat Ali, Redbull, Livita, Nescafe dan lain-lain lagi.
4. SELALU BERCAKAP DI DALAM KELAS. Kajian membuktikan mereka yang selalu bercakap di dalam kelas akan lupa untuk mengantuk. Hal ini terjadi kerana mereka selalunya dimarahi oleh guru kerana bercakap semasa guru@pensyarah sedang bercakap di hadapan. Hukuman seperti berdiri di atas kerusi atau pun memberikan syarahan di depan kelas membuatkan mereka ini terus tidak mengantuk di dalam kelas.
5. RAJIN BERTANYA SOALAN KEPADA GURU@PENSYARAH. Tanya lah apa sahaja soalan yang berkaitan mahupun tidak berkaitan dengan subjek. Ini akan membuatkan anda diberi perhatian yang lebih oleh seisi kelas. Takkan la semasa dapat perhatian pun masih mengantuk lagi?
6. BAWA GULA2 DAN MAKAN DI DALAM KELAS. Gula-gula sahaja tau. Jangan pula makan nasi lemak dalam kelas. Dikhuatiri nasi lemak anda akan habis sebelum sempat anda menjamahnya. Maklumlah bukan anda seorang saja yang lapar, malah ramai lagi yang kosong perutnya menanti makanan percuma.
7. BERI RENUNGAN YANG TAJAM KEPADA AWEK2 CANTIK. Ini memang fakta. Tidak pernah ada lelaki yang mengantuk semasa melihat gadis cantik. Oh ye, jika anda perempuan usha la lelaki yang hensem2.
8. KERAP PERGI TANDAS. Selalu angkat tangan dan minta kebenaran untuk ke tandas. Pelajar sebegini selalunya ada niat yang terselindung semasa di tandas. Mungkin mereka cirit-birit, sembelit, banyak minum air, atau pun mel**ca*p(cara pantas hilangkan mengantuk).
9. MAIN DAM DI BELAKANG KELAS. Kalau ada jutaria pun boleh juga. Cikgu marah belakang kira. Sekarang ni masalahnya nak hilangkan mengantuk. Kalau cikgu marah cakap la nak elakkan tidur dalam kelas.
10. MENGORAT AWEK DALAM KELAS. Ini cara paling berkesan. Takkan la mengantuk lagi masa tu. Tapi jangan ngorat awek yang sedang tidur. Nanti anda pula dapat penyakit yang sama macam awek tu. Sia-sia saja aku tulis sampai tip 10.
11. BUAT LATIHAN TAHAN NAFAS SAMPAI HABIS KELAS. Nah!!! Pasti tak mengantuk. Cara ini akan membawa oksigen yang lebih ke otak anda. Punca utama mengantuk adalah kerana otak kekurangan oksigen. Bila tahan nafas, jantung anda berdegup kencang kerana menyedut oksigen lebih. Banyak-banyakkan tahan nafas ye.
12. TIRU AKU. Ambil sehelai kertas dan tulis cara-cara untuk hilangkan mengantuk di dalam kelas macam aku buat ni. Terbukti aku tak tidur dalam kelas!
Bijak. Aku asyik tertidur je dalam lecture. Apa nak jadi tah. Bila ade kuiz mngejut ternganga aku nk mnjawabnye. >< nnti aju buat cara ko ni.
ReplyDelete