Jika kamu berada dalam kesusahan, kecemasan, atau pun dirindung kekecewaan, silalah dail nombor ini 24434! Insyallah, kamu pasti akan dibantu. Segala masalah boleh diselesaikan.
Apa itu 24434? Kenapa baru sekarang nak muncul? Siapa yang sediakan perkhidmatan ini? Boleh ke masalah saya diselesaikan? Kalau betul caranya, kalau betul ayatnya, segalanya akan ditunaikan. Tetapi dengan syarat, haruslah yakin dan mempercayai dengan sepenuh hati. 24434 telah lama muncul di muka bumi. Beribu tahun yang dulu. Lebih awal dari penciptaan telefon pertama oleh Graham Bell.
24434 adalah suatu yang istimewa. Ia merupakan penghubung antara manusia dengan penciptanya. Men'dail'nya pada setiap hari akan membantu kita pada masa hadapan. Tidak hairanlah kenapa kita diwajibkan menggunakan perkhidmatan ini. 24434 adalah :
2 - Subuh
4 - Zuhur
4 - Asar
3 - Maghrib
4 - 'Isya
Ingatlah wahai manusia di luar sana. Tiang agama itu adalah Solat! Meninggalkan solat ibarat meruntuhkan agama. Agama Islam adalah agama yang menyembah Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah. Tiada tuhan selain Allah! Dia yang mencipta kita dan menjadikan langit dan bumi untuk kita mencari rezeki dan berkeliaran untuk melihat ciptaanNya! Jangan sesekali kamu melupakanNya. Bersyukurlah! Jalankan kewajipan yang diamanahkan kepada kamu!
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
No comments:
Post a Comment