TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda bahawa perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.
Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia. Tahu tak?
Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.
Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.
Percaya tak anda yang rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.
Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
Tahukah anda yang siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
Semua beruang kutub adalah kidal.
Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia, dan menempati tempat kedua dalam negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki ( urutan pertama ditempati oleh nama ‘Jack’ ).
Anda tahu tak? Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.
Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai arti bubuk.
Tahukah anda jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit.
TAHUKAH ANDA kalau hidup seribu tahun pun, kalau tak sembahyang apa gunanya!
No comments:
Post a Comment