Monday, February 7, 2011

Kusangkakan Panas Hingga ke Petang, Rupanya Aku Tertipu di Tengahhari

Ini mungkin hari yang indah untuk aku (rasanya la). Bermula pagi yang cerah. Langit pun diseliputi awan putih. Nampaknya,hari ini memang indah untuk memulakan hari pertama selepas cuti Tahun Baru Cina. Bangkit pada langkah pertama, masa untuk merancang bagaimana untuk menyiapkan assignment yang semakin mencecah tarikh akhir jumaat ini. Tiba-tiba,malas pula aku nak bercerita panjang2 kat sini. Kita skip sajalah. Oh ye,dah tengahhari rupanya. Sedang ketika itu,mataku mula melirik-lirik melihat ke arah langit yang tinggi nun jauh di sana. Oh my god! Ada sekelompok awan hitam bergerak perlahan ke arah di mana aku sedang bersiri ketika itu. Terlintas di fikiranku sebuah pengalaman yang pernah aku alami sebelum ini. Ya! Aku basah dalam hujan. Itu je pengalaman aku. Hahaha.... Berdasarkan pengalaman yang pernah aku tempuhi,awan hitam itu membawa air yang bakal berguguran ke muka bumi Ilahi ini. Dah tentu la air itu juga akan gugur ke atas badan aku. Maka,dengan langkah yang sepantas  tak ada la kilat sangat,aku mulakan langkah pertama. Choowww balik rumah la!!!! Suuuuppppp!!! Dah sampai rumah. Walaupun jaraknya mencecah 10km,itu bukan penghalang untuk aku cepat sampai rumah. Sesiapa saja yang berada pada situasi yang sama dengan aku,pasti akan melakukan apa yang telah aku lakukan tadi. yes! Mereka lebih memahami...! Eh..eh..! Ada angin sejuk menerpa ke mukaku yang penuh berminyak ini. Ya! Minyak ini sesuai digunakan untuk menggoreng ikan. Angin sejuk. Ye angin sejuk! Sorry la terlalut sikit. Langit memang dah gelap. Ada 'can' hujan akan turun dengan lebatnya. Selepas berminit-minit kemudian, hujan tak juga-juga turun. Tapi,langit masih gelap! Takpe. Aku tunggu lagi. Lama betul aku menunggu. Hujan tak juga turun. Nampaknya hujan memang tak akan turun. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Dah maghrib rupanya! Rupanya,aku tertipu. Tak tahu la yang gelap tu tanda hujan nak turun atau pun tandanya hari dah nak malam,tapi aku rasa ditipu sekarang. Aku tertipu!!! Oh ye,aku tertipu di petang hari,bukan di tengahhari! Hahaha...Kau pun tertipu juga!!!

No comments:

Post a Comment