Saturday, February 19, 2011

Sajak Koprat

Dulu,aku biasa menyanyikan satu lagu pada setiap pagi. Dan lagu itu masih lagi aku ingat sampai hari ni. Aku gubahnya menjadi sajak. Pada mereka yang familiar dengan lagu koprat ni,aku ucapkan selamat mengalirkan air mata.

Ya, kami tinggalkan ibu dan ayah kami,
Begitu juga sanak-saudara kami,
Hanya kerana dia kami turutkan,
Tanpa lagi perasaan ragu dan bimbang.

Bermula di Utara membawa ke Selatan,
Hinggalah ke seluruh kawasan,
Kami berkumpul sebagai satu badan,
Hanya untuk satu tujuan.

Untuk belajar dan segalanya,
Semuanya harus kami rasa,
Memang kami tak pinta,
Namun, kami menerimanya.

Ayuh! Mari kita bersama!
Cekalkan hati kita,sejiwa kita bersama,
Kita bersama menghadapi rintangan,
Demi masa hadapan kita.

Melayu Oh Melayu!
Melayu!
Melayu Islam!!!

No comments:

Post a Comment