Teori RAHMAN merupakan singkatan kepada Rahman, Abdul Razak, Hussien Onn, Mahathir, Abdullah, dan Najib. Inilah yang diceritakan kepada orang ramai. Anda percaya? Aku tidak percaya. Aku juga mungkin percaya kerana pada masa sekarang terlalu banyak rahsia besar di dunia sudah terbongkar.
Bercakap mengenai teori RAHMAN, aku sudah menjumpai beberapa kesilapan. Pertama, bagaimana mereka yang mencipta teori ini menggunakan nama Perdana Menteri. Adakah mereka mengambil nama pertama atau pun nama kedua sebagai turutan RAHMAN ini?
Cuba kita lihat pada Tunku Abdul Rahman. Mereka mengambil yang ketiga iaitu Rahman. Kalau betul teori ini berpaksikan pada yang memulakannya,sepatutnya orang kedua juga harus digunakan nama yang ketiga.
Tetapi Abdul Razak, diambil yang kedua iaitu Razak. Kemudian, Hussien Onn. Perdana Menteri kita yang ketiga ini diambil namanya pada yang pertama iaitu Hussien.
Mungkin berlaku kebetulan pada nama Perdana Menteri yang keempat iaitu Mahathir bin Mohamad kerana namanya hanya satu perkataan.
Kebetulan ini membawa kepada Pak Lah (Abdullah bin Ahmad Badawi) yang juga mempunyai satu perkataan pada namanya.
Tetapi,adakah kebetulan ini membawa kepada Perdana Menteri sekarang? Mohamad Najib bin Abdul Razak. Najib - perkataan kedua.
Benarkah teori ini boleh diterimapakai? Siapa yang nak terima? Kalau nak tahu kebenarannya, kenalah tanya pada mereka yang pernah menjadi Perdana Menteri.
"Adakah Tun dulu semasa menjadi Perdana Menteri disebabkan Tun seorang yang beribawa atau pun Tun dipilih oleh mereka yang telah mengatur susun kedudukan PM di Malaysia ini?"