Monday, October 3, 2011

Kisah ibu singa dengan anaknya

Ibu singa : Alamak! Anak aku jatuh.
Anak singa : Ibu, tolong saya ibu.
Ibu singa : Bertahan sebentar anakku. Apa harus aku buat sekarang ini? 

Tidak lama kemudian, kawan-kawan ibu singa tersebut datang untuk menolongnya. Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat turun ke bawah. Jika anda lihat di sebelah kanan gambar, ada seekor singa sedang duduk. Singa tersebut keletihan selepas cuba menolong anak singa itu. Jangan tuduh singa itu pemalas pulak ye.

Apabila melihat situasi yang semakin parah, si ibu tidak tahan lagi dengan hanya mencuba. Lantas, ibu singa tersebut terus melompat ke bawah. Anak singa ketika ini telah keletihan kerana terlalu lama bertahan pada bonjolan tanah tersebut.

Akhirnya, si ibu singa berjaya mendapatkan anaknya. Sekarang, dia mencuba sedaya-upaya untuk naik ke atas kembali. 

Kini, anak singa telah berjaya diselamatkan oleh ibu kandungnya sendiri. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya? 
Anak singa : Terima kasih ibu! Saya sayangkan ibu.

3 comments:

  1. bagus lah harimau ni macam ada akal la pula tolong anak.tapi kalau manusia sampai sanggup jual anak gadis kat bapa ayam demi wang.saya harap manusia zaman la dah berubah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan kata-kata awak tu walaupun saya sendiri tak nama anda.

      Delete
    2. terima kasih lah atas ucapan tadi.saya doakan dimurahkan rezeki allah la.

      Delete