Wednesday, October 5, 2011

Badak air selamatkan antelope dari dibaham buaya

Ini adalah seekor badak air. Ia merupakan watak utama dalam cerita ini. Dalam erti kata lain, HERO.

Ceritanya bermula dengan sekumpulan antelope sedang berlari-berlari dengan girangnya. 

Bukan sekumpulan, tetapi segerombolan antelope. 

Mereka semua sedang melintasi sungai yang cetek ini untuk ke seberang. Mungkin ada meeting kot. 

Ada yang dah lepas, dan ada yang sedang menyeberang. 

Tiba-tiba... 

Ada sesuatu menghampiri kumpulan antelope itu. Kocakan air pelik itu membuktikannya. 

Dia semakin dekat. 

NAH! Seekor buaya. Berjaya menangkap mangsanya, seekor antelope.

 Macam dalam movie, hero pun datang. Tapi, hero-hero?

Eh! Ramainya hero. 

Mereka cuba membantu antelope itu. 

Sang badak air itu cuba untuk memukul buaya. 

Kawan-kawannya datang membantu. 

Akhirnya, antelope itu berjaya diselamatkan. Kenapa badak air ini menyerang buaya itu? Mungkin buaya itu telah melanggar kawasan agaknya. 

Dan badak air itu memeriksa badan antelope itu. Mana lah tahu kot-kot tercedera. 

Akhirnya, si antelope itu mengucapkan terima kasih kepada badak air. Macam mana si antelope itu ucap terima kasih? Mungkin macam ni gamaknya :

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

1 comment:

  1. Tu bukan antelop la geng.. Tu karibu..

    ReplyDelete