Selama beberapa tahun ini aku telah merungut kerana kurang tidur
dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu
kenapa ianya berlaku. Aku keletihan kerana terlebih kerja. Nak tahu kenapa? Di
bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan
ianya adalah benar dan bukan rekaan aku .
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta
orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi
tinggal 24 juta orang.
Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah,
kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang
pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat
kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat
dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal
6 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan
tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme],
orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta
orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit
dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital
swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal
1,084,488 orang yang boleh buat kerja.
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486
orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2
orang yang boleh buat kerja.
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU!
Daripada dua orang ini, engkau SEKARANG INI masih duduk
depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat
dan tak buat kerja langsung.
Jadi tinggallah aku seorang yang buat kerja dalam Malaysia
ni.
MANA AKU TAK LETIH!!
Jadi sedarlah skit. Dahhhh..!!! Pi buat kerja!!!