Monday, September 12, 2011

Cara-cara Untuk Berhenti Merokok


ROKOK adalah sejenis kepuasan yang menjadi pilihan lelaki dan perempuan untuk menikmatinya terutamanya selepas makan, ketika marah, selepas dimarahi, semasa mencari ilham, tension study@kerja, dan juga ketika bosan tak tahu nak buat apa a.k.a keseorangan. Rokok juga amat membahayakan kesihatan. Itulah nasihat kerajaan yang selalu kita baca di kotak-kotak rokok. Ditambah pula dengan gambar penyakit berbahaya seperti bayi pra-matang, membuatkan ramai perokok di luar sana melahirkan keinginan untuk berhenti merokok. Ramai yang berkeinginan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya. Apa kata jikalau kita melihat sejenak cara-cara di bawah untuk dijadikan panduan kepada bakal BEKAS PEROKOK.

1. ADA AZAM UNTUK BERHENTI. Ini yang paling penting.

2. JANGAN BELI ROKOK. Bila tak ada rokok, tak boleh la hisap rokok lagi. Walaubagaimanapun, ada kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa mereka yang tidak membeli rokok selalunya akan mengepau rokok kawan-kawannya. Jadi, dalam kes ini anda digalakkan balik kepada langkah pertama di atas.

3. JANGAN BELI PEMETIK API DAN MANCIS. Pemetik api dan mancis amat penting untuk seorang perokok. Walaupun perokok itu mempunyai rokok tetapi tidak mempunyai pemetik api, dia tidak dapat menyalakan rokoknya. Sekaligus menjadi halangannya untuk merokok.

4. JANGAN KAWAN DENGAN PEROKOK. Bila tidak ada peneman, perokok akan hilang mood untuk merokok. Tetapi, jangan pula putus kawan dengan perokok ye.

5. GANTIKAN ROKOK DENGAN RANTING KERING. Cuba hisap batang kering yang dinyalakan api di hujungnya macam cucuh rokok. Amalkan cara ini setiap kali hendak merokok. Dianggarkan dalam masa seminggu, anda akan hilang selera untuk merokok.



6. SEDEKAHKAN SEMUA ROKOK PADA KAWAN-KAWAN. Sekarang anda sudah tidak mempunyai rokok. INGAT! Jangan jadi buruk siku dengan meminta kembali rokok anda. Tahan keinginan anda untuk merokok.

7. BENCIKAN ROKOK. Semaikan perasaan kebencian yang mendalam kepada rokok. Tulis kat wall facebook anda yang anda amat membenci rokok macam anda benci bekas kekasih anda. Hebahkan pada kawan-kawan dan sanak-saudara tentang perasaan anda itu. Kalau rajin iklankan dalam surat khabar macam dR Rozmey buat hari-hari tu dalam paper KOSMO!.



8. JANGAN DEKATI TEMPAT YANG ADA ROKOK. Jangan pergi 7-ELEVEN, kedai mamak, kedai runcit, restoran, stesen minyak, kedai makan, dan bla..bla..bla...(susahkan nak berhenti merokok.)

9. SURUH ORANG SEBELAH TAMPAR ANDA JIKA ANDA SEDANG MEROKOK KETIKA ITU. Setelah ditampar, pasti anda akan naik angin. Anda akan marah. Dah tentulah anda akan memukul balik orang tadi. Maka, akan terjadilah satu pergaduhan. Nah! Anda akan sibuk bergaduh dan tidak ada masa untuk merokok lagi. Polis pun sampai. Anda ditahan di dalam penjara untuk semalaman atau mungkin juga untuk seminggu bergantung kepada keseriusan pergaduhan tadi. Untuk pengetahuan anda, di dalam penjara anda tidak boleh merokok!



10. BUAT DEMONTRASI BESAR-BESARAN MENDESAK KERAJAAN MENGHARAMKAN ROKOK DAN MENGISYTIHARKAN KESALAHAN MEROKOK SAMA SEPERTI MEMBUNUH ORANG. Suruh kerajaan menggubal undang-undang merokok. Biar padan muka anda dan juga perokok-perokok yang lain. 

11. PUASA SIANG DAN MALAM. Ketika berpuasa anda tidak boleh makan dan minum, apatah lagi untuk merokok.

12. JANGAN MAKAN SAMPAI KENYANG. Selalunya mood merokok akan datang pada mereka yang kenyang selepas makan. Elakkan daripada merasa kekenyangan. Kalau masih ada lagi sisa-sisa makanan, sedekahkan pada fakir miskin. Bukan saja anda dapat berhenti merokok malah dapat pahala pula tu.


13. JAUHI TEMPAT-TEMPAT YANG SEJUK. Jangan pergi negara-negara yang bersalji. Cuaca yang sejuk juga menjadi penyumbang kepada faktor-faktor yang membuatkan perokok ingin sangat merokok. Paling penting JANGAN DUDUK DEPAN PETI AIS YANG TERBUKA! Bahaya sangat.

14. LUPAKAN ROKOK. Buat-buat anda hilang ingatan tentang rokok. Bila orang tanya anda tentang rokok, anda jawab "Lalalala...tak tahu,tak tahu...". Buat gedik-gedik sikit. Tapi bila isteri tanya tentang anak jangan buat lupa pulak.

15. JANGAN KAWAN DENGAN SYAITAN. Syaitan adalah penghasut utama kepada anda untuk merokok. Putus hubungan dengan syaitan. Laknat syaitan!!! 

16. DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN. Apabila anda selalu beribadat, secara automatiknya anda terlupa pada rokok. Bahkan ketika beribadat kepada Tuhan, sah-sah anda tak boleh merokok.


Susah sebenarnya untuk berhenti merokok. Bergantung kepada diri masing-masing. Yang penting, semangat harus ada untuk berhenti!


p/s : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN - kata kerajaan yang masih membenarkan rokok dijual di dalam negara.

No comments:

Post a Comment