Thursday, September 29, 2011

Contoh manusia bila dah malas

 Pemalas nak mampus! Dah lupa cara nak guna tangga gamaknya.





 Sebab tu la orang kata merokok membahayakan kesihatan. Sebab orang macam ni la. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


 Ini betul-betul pemalas. Nak kencing pun kena duduk atas kerusi. Tunggu sikit lagi bila mamat ni dah sampai tahap SUPER PEMALAS, dia akan suruh orang lain kencingkan untuk dia.



 Kayu pun kau malas angkat?




Bagaimana media memutarbelit berita?


Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

Teknologi WiFi dijumpai pada zaman purbakala?


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berehat di luar dewan.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Pada kedalaman 5 meter, kedua-dua tukang gali naik ke atas.)

Menteri Malaysia : Apa yang korang jumpa?
Tukang Gali : Tak jumpa apa-apa, Dato'.
Menteri Malaysia : Gali lagi..

(Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang naik ke atas lagi.)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa.
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!


Wednesday, September 28, 2011

Awan pelik di atas KLCC






Awan-awan ini kerap berkumpul di atas KLCC selepas hujan berhenti. Jika kamu berada di sekitar Kuala Lumpur, lihatlah di atas KLCC apabila hujan sudah berhenti. Akan ada awan seperti di atas dan mungkin juga hanya seketul awan besar terapung di atas dua menara ini. 


Menurut pakar sains, fenomena di atas terjadi kerana ion-ion negatif suka berkumpul pada bangunan-bangunan tinggi yang diperbuat daripada keluli. Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa!