Thursday, July 28, 2011

Rangka Manusia Gergasi

     Penemuan rangka manusia gergasi di India. Kejayaan ini dilakarkan oleh satu kumpulan daripada National Geographic (Cawangan India) dengan dibantu oleh pihak tentera India kerana kawasan ini merupakan kawasan larangan di negara yang majoriti penduduknya beragama Hindu itu.










     Penemuan rangka manusia ini amat menarik bagi saya. Adakah ini membuktikan bahawa mereka ini adalah manusia daripada umat Nabi Adam, Idris dan Nuh? Sepertimana yang kita tahu, setelah Adam dan Hawa dihalau keluar dari Syurga kerana memakan buah larangan, mereka dihantar ke bumi tetapi di tempat yang berlainan. Lalu, bermulalah pencarian mereka untuk bertemu satu-sama lain. Cuba bayangkan, jikalau saiz mereka sama macam kita pada hari ini. Sudah tentulah memakan satu tempoh yang amat lama dan mustahil untuk mereka berjumpa kerana bumi ini terlalu besar, bersaiz bulat, dipenuhi dengan gunung-ganang dan sungai-sungai.


     Melainkan jika saiz mereka adalah besar seperti dalam gambar di atas. Hal ini tidak mustahil kerana kita sendiri tidak pernah melihat mereka. Dan penemuan ini merupakan satu bukti yang agak kukuh bahawa saiz manusia pada zaman Nabi Adam adalah besar. Ketika era Nabi Nuh, satu banjir besar telah berlaku. Dengan pertolongan Allah, Nabi Nuh dan pengikutnya terselamat dengan bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh sendiri dengan bantuan pengikutnya. Dikatakan bahawa perjalanan mereka di atas bahtera memakan masa bertahun lamanya untuk menunggu air banjir surut. Setelah air mula surut, Nabi Nuh menurunkan anak-anak dan pengikutnya di atas beberapa pergunungan termasuklah sebuah gunung yang terletak di sempadan India berhampiran Tibet. Ketika ini, banjir belum pun surut sepenuhnya.


     Setiap kali menurunkan anak dan pengikutnya, Nabi Nuh telah berpesan kepada mereka agar mencari jalan pulang ke tempat asal mereka. Berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan, tanah asal yang dimaksudkan Nabi Nuh itu terletak si sebuah tempat di Timur. Tempat ini pernah digelar sebagai hujung dunia iaitu Nusantara. Maka, pengembaraan mereka pun bermula. Setiap tempat yang disinggahi mereka pasti akan didirikan sebuah kerajaan kerana naluri kepimpinan itu sudah ada dalam diri mereka. Sebagai cucu-cicit Nabi Adam yang agak dekat perhubungan mereka ketika itu, tidak mustahillah bahawa mereka ini mewarisi sifat seorang pemimpin daripada manusia pertama itu, Nabi Adam. Lihat sajalah di sebelah Alam Melayu. Berapa banyak kerajaan yang wujud hingga mencecah beratus-ratus kerajaan termasuklah Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Champa, Kerajaan Funan dan bermacam-macam lagi.


     Nabi Adam merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Dalam erti kata lain, Adam adalah seorang pemimpin atau pun raja. Berbalik kepada cerita pengikut Nabi Nuh tadi, setelah beratus tahun pengembaraan mereka akhirnya mereka pun sampai ke tanah asal mereka iaitu Nusantara atau pun dikenali sebagai Alam Melayu. Betulkah kawasan itu merupakan tanah asal manusia dahulu. Hujah ini dibuktikan dengan satu kajian santifik iaitu hutan di negeri Pahang merupakan hutan TERTUA di dunia mengalahkan Hutan Amazon.


     Jadi, kenapa saiz manusia zaman sekarang kecil dan tidak sama seperti manusia zaman dahulu? Ini semua kiraan Allah. Pasti ada sebabnya Dia menjadikannya sedemikian rupa. Mungkin antara sebabnya, jika kita bersaiz besar seperti gambar di atas pastilah bumi ini akan menjadi sesak. Cuba bayangkan, jumlah manusia di dunia sekarang ini sudah mencecah berbillion orang. Sudah tentulah kita susah untuk bergerak ke mana-mana ditambah lagi dengan kesukaran untuk membina rumah kerana saiz untuk sebuah rumah pasti akan menjangkau saiz 10 kali padang bola sepak.


     Kesimpulannya, apa kaitannya rangka manusia di atas dengan cerita saya? Ada kaitannya. Adalah moleknya anda sendiri mengkaji sejarah masa lampau. Rasanya daripada cerita saya, anda sendiri boleh mengkaitkannya satu persatu.


     Sedikit keratan akhbar mengenai penemuan rangka manusia gergasi di India :

No comments:

Post a Comment