Wednesday, July 27, 2011

Malaysia VS Singapura


       23 Julai yang lepas menyaksikan Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura di Stadium Singapura. Walaupun tewas kepada negara jiran itu, pasukan Malaysia telah menunjukkan satu corak perlawanan yang bagus di hadapan ribuan penyokong Malaysia. Gol pertama yang disumbatkan pada minit yang pertama selepas sahaja sepak mula membuatkan pemain Malaysia berasa terlalu yakin untuk menang dalam perlawanan tersebut. Kealpaan benteng pasukan Harimau Malaya dihukum oleh pasukan singa dengan jaringan 4 gol pada babak pertama oleh pemain-pemain import Singapura yang ditukar kewarganegaraan mereka menjadi penduduk negara kecil itu.


       Pada babak kedua selepas wisel permulaan ditiupkan, pasukan Harimau Malaya mula mencari rentak permainan semula. Keputusannya, mereka berjaya menyumbat 2 gol sekaligus membuatkan jarak gol antara pasukan Harimau Malaya dan Singapura menjadi satu gol. Dek kerana kelemahan di bek pertahanan, sekali lagi pasukan Harimau Malaya dihukum dengan jaringan satu gol oleh pasukan lawan.


       Dalam perlawan ini menyaksikan dua orang pemain dilayangkan kad merah. Masing-masing dari pasukan Harimau Malaya dan Singapura. Pada minit ke-49, Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengangkat kaki tinggi ke arah pemain lawan. Manakala, pada minit ke-53 pemain Singapura Ismail Yunus pula dilayangkan kad merah kerana mendapat dua kad kuning. Perlawanan mula menjadi adil dengan kedua-dua belah pihak mempunyai 10 orang pemain.


Keputusan penuh menunjukkan (Harimau Malaya 3 - 5 Singapura).


Berikut merupakan senarai panjaring gol pada perlawan kelayakan Piala Dunia tersebut :
Minit-1 : Safee Sali (Malaysia)
Minit-7 : Aleksandar Duric (Singapura)
Minit-21 : Qiu Li (Singapura)
Minit-43 : Mustafic Fahrudin (Singapura)
Minit-45 : Shahril Ishak (Singapura)
Minit-68 : Abdul Hadi (Malaysia)
Minit-70 : Safee Sali (Malaysia)
Minit-81 : Aleksandar Duric (Singapura)


Pada hari Khamis ini (28 Julai 2011) bakal menyaksikan sekali lagi pasukan Harimau Malaya akan berentap dengan pasukan Singapura di Stadium Bukit Jalil. Selamat Maju Jaya untuk HARIMAU MALAYA!!!


JOM KITA PENUHKAN STADIUM BUKIT JALIL!!!

No comments:

Post a Comment