"It's not your salary that makes you rich, it's your spending habits."
Nampak macam copy&paste ke? Tak kan? Betul la tu. Memang original aku ciplak kat blog sape tah. Sebenarnya,bukan salah gaji atau elaun(untuk golongan yang buang masa belajar lama2) kita yang sikit kerana menjadikan kita kurang berkemampuan tetapi disebabkan sifat boros kita yang ultra-over-melampau sangat. Cuba anda bayangkan.... (nah! jgn amik masa lama2 sangat dok bayangkan), orang sekarang nak ada macam2. Astro,Laptop,Kereta, Rumah,motorsikal, dan berbagai-macam lagi la kehendak manusia nie. Perkara2 nie memerlukan duit yang banyak dan perlu dibayar tiap2 bulan. Sebagai contohnya,harga rumah sekarang menjangkau RM200,ooo sebuah. Boleh bayar cash ke? Tengok orang juga la. Kalau dah billionaire tu takde hal la. Tapi yang hundred-aire dan thousand-aire tu,mampu ke bayar cash? Maka,jadilah dia terpaksa potong gaji tiap2 bulan untuk selesaikan HUTANG rumah dan HUTANG bank. Kalau tak beli rumah,mesti banyak duit kan. Itu belum tolak duit kereta bulan2,shopping dan belanja awek mahupun kawan2 yang kaki melombong poket anda. Kesimpulannya,merancang lah dalam perbelanjaan. Pasti anda akan merasakan tidak kekurangan wang lagi. Salam...