Monday, October 3, 2011

Apa yang pertama dan terakhir dalam hidup kamu?

LIRIK
G.E.T - Pertama dan Terakhir


Kau pertama dan terakhir
Diselubungi rasa cinta
Yang suci

Kusirami pohon cinta
Kukira subur selamanya
Selama… pun jua…

Dan debunga wangi
Gugur tak berseri lagi ke bumi
Lalu tak lagi bersemi

( korus )
Dingin cinta ku rasa
Bak merpati hilang pasangannya
Terkulailah pepohon cinta
Jadi saksi cinta kita

Dengarlah rintihan hati
Dengarlah sebelum kau pergi…

Ku berjanji kan setia
Pada cintaku selamanya selama…

Kuhimpunkan segalanya
Biarpun beribu musim melanda
Di jiwa…

Haiwan paling berani di Afrika Selatan


Ciri-ciri dunia yang sempurna : Manusia impikannya















70 petir dalam satu saat

Nampak menyeramkan, mengagumkan, cantik, dan pelik. Kalau tak silap aku, setiap petir yang terjadi sebenarnya membunuh syaitan. Jika lihat pada gambar, betapa banyaknya syaitan di kawasan itu.

p/s : Gambar ini masih dipertikaikan kesahihannya. Ada sumber mengatakan yang gambar ini diedit sebenarnya. Ada juga yang mengatakan bahawa gambar ini betul-betul tulen. Bagi aku, gambar ini memang cantik. Jika benar pun gambar ini palsu, memang pandai la siapa yang edit.

Dunia pada pemikiran kanak-kanak

"Apa yang seronok sangat kat dalam bilik mak ayah aku ni? Buat magic ke..." 

"Macam sotong Paul la..." 

Cepat lari. Nanti buaya tangkap! (Kuat betul imaginasi kanak-kanak). 

Seronoknya jadi bayi ni. Macam-macam ada dalam perut ibu. Kakaknya? Nampak cemburu kat situ.

Macam ni la gamaknya cara makanan dipanaskan dalam oven. Patut la kat China dah tak ada naga. Semua naga tengah bersembunyi dalam oven rupanya. Mungkin dalam banyak-banyak naga ni, ada terselit Naga Tasik Chini?

Semangat yang datang!

Saya hendak memberitahu kamu satu rahsia untuk berjaya. Rahsia ini merupakan pengalaman hidup kita. Ramai antara kita yang telah lama melakukannya, tetapi tidak sedar betapa  hebatnya ia jika kita menjadikannya sebagai kekuatan untuk diri sendiri. Bagaimana jika anda mencubanya sendiri? Rahsia itu adalah :
"Jangan takut untuk mencuba sesuatu. Kerana apabila anda mencubanya, perasaan takut itu akan hilang dan digantikan dengan perasaan gembira, seronok, berani, dan ingin melakukannya lagi.
Percayalah!

Kisah ibu singa dengan anaknya

Ibu singa : Alamak! Anak aku jatuh.
Anak singa : Ibu, tolong saya ibu.
Ibu singa : Bertahan sebentar anakku. Apa harus aku buat sekarang ini? 

Tidak lama kemudian, kawan-kawan ibu singa tersebut datang untuk menolongnya. Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat turun ke bawah. Jika anda lihat di sebelah kanan gambar, ada seekor singa sedang duduk. Singa tersebut keletihan selepas cuba menolong anak singa itu. Jangan tuduh singa itu pemalas pulak ye.

Apabila melihat situasi yang semakin parah, si ibu tidak tahan lagi dengan hanya mencuba. Lantas, ibu singa tersebut terus melompat ke bawah. Anak singa ketika ini telah keletihan kerana terlalu lama bertahan pada bonjolan tanah tersebut.

Akhirnya, si ibu singa berjaya mendapatkan anaknya. Sekarang, dia mencuba sedaya-upaya untuk naik ke atas kembali. 

Kini, anak singa telah berjaya diselamatkan oleh ibu kandungnya sendiri. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya? 
Anak singa : Terima kasih ibu! Saya sayangkan ibu.