Monday, May 30, 2011

Tandas Yang Pelik Di Dunia

Tandas adalah sistem paip yang tujuan utamanya adalah bagi menyingkir bahan buangan manusia: kencing dan bahan najis. Selain itu, muntah dan buangan haid juga kadang kala dibuang dalam tandas bagi sesetengah kebudayaan (jangan rasa geli kerana anda juga turut melakukannya). Perkataan tandas menggambarkan mangkuk tersebut dan, terutamanya dalam Inggeris British, bilik yang memiliki mangkuk tandas. 

Dalam Inggeris Amerika, ini biasanya dikenali sebagai bilik rehat atau bilik air (mereka suka menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan membaca buku dan akhbar). Perkataan yang kemudiannya seringkali menggambarkan bilik yang turut mengandungi tub mandi. Bilik dengan hanya tandas dan singki kadang kala dikenali sebagai separa-bilik air, separa mandi, atau bilik solek (powder room).

Kini, tandas dimodenasikan dengan berbagai rekabentuk untuk menjadikannya lebih menarik, sehinggakan menjadi semakin pelik di mata orang normal seperti kita. Selamat menggunakan tandas!
























No comments:

Post a Comment