Tuesday, May 31, 2011

Spiderman Insaf Di Atas Katil

Spiderman ini malu untuk melakukan maksiat. Walaupun sudah berada di atas ranjang dengan seorang perempuan yang hanya berpakaian dalam, si Spiderman sempat lagi mengeluarkan sarang labah-labahnya untuk menyekat perempuan itu daripada terus menggodanya. Dia adalah seorang hero. Adakah patut seorang hero melakukan maksiat?


Kamu juga seorang hero. Hero kepada diri sendiri. Jika kamu berada dalam situasi yang sama dengan si Spiderman ini, adakah kamu akan melakukan perkara yang sama? Atau pun kamu terus hanyut dalam permainan syaitan? Fikirlah...

Kartun pun tahu buat dosa itu salah, inikan pula manusia sebenar.

iPhone 5 - Antara Terbongkar dan Dibongkar













Monday, May 30, 2011

Tandas Yang Pelik Di Dunia

Tandas adalah sistem paip yang tujuan utamanya adalah bagi menyingkir bahan buangan manusia: kencing dan bahan najis. Selain itu, muntah dan buangan haid juga kadang kala dibuang dalam tandas bagi sesetengah kebudayaan (jangan rasa geli kerana anda juga turut melakukannya). Perkataan tandas menggambarkan mangkuk tersebut dan, terutamanya dalam Inggeris British, bilik yang memiliki mangkuk tandas. 

Dalam Inggeris Amerika, ini biasanya dikenali sebagai bilik rehat atau bilik air (mereka suka menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan membaca buku dan akhbar). Perkataan yang kemudiannya seringkali menggambarkan bilik yang turut mengandungi tub mandi. Bilik dengan hanya tandas dan singki kadang kala dikenali sebagai separa-bilik air, separa mandi, atau bilik solek (powder room).

Kini, tandas dimodenasikan dengan berbagai rekabentuk untuk menjadikannya lebih menarik, sehinggakan menjadi semakin pelik di mata orang normal seperti kita. Selamat menggunakan tandas!
























Rekabentuk Stadium Bola Sepak - World Cup Qatar 2022