Saturday, October 9, 2010

Terlepas lagi

Harapanku macam tinggal harapan je. Bulan 5/2010 aku ada buat permohonan kemasukan ke UiTM intake Julai 2010 tapi malangnya dah terlambat. Sekarang aku buat lagi permohonan untuk kemasukan Disember 2010. Walaubagaimanapun,katanya permohonan secara talian telah ditutup. Aduusshh!!! Takkan lambat lagi kot. Ini tak boleh jadi. Isnin @ Selasa ini aku harus menggempur UiTM demi masa depan aku. Oh UiTM,mengapa kau buat ku begini. Yang tinggal sekarang hanyalah usaha dan tawakal. Semoga percubaanku kali ini akan berjaya!

Vandalisme Di Merata-rata

Kenapa saya suka conteng? Kenapa saya suka sangat vandal sana-sini? Kenapa? Kerana saya nak luahkan perasaan. Tapi kenapa conteng kat tempat awam? Suka hati saya la! Rajin menulis memang bagus tapi biarlah kena pada tempatnya. Silap tempat boleh bawa padah dan menyusahkan orang. Dan di bawah ini adalah gambar2 yang dirakamkan di meja belajar Perpustakaan Negara.












Bawak2 le bertaubat. Kesian makcik2 kt perpustakaan nie nak membersihnya nanti. 


p/s : dah habis kertas ke sampaikan meja pun jadi mangsa?

Wednesday, October 6, 2010

Rokok yang tersesat

Bagi penghisap rokok,sudah menjadi kelaziman untuk menghisap rokok kan. Yela.. Tak kan nak hisap batang kayu pulak kan. Dan bila dah sangap,mula la mencari rokok. Satu hari ada la seorang mamat nie tengah gelabah dok mencari rokok. Cari punya cari. Akhirnya,jumpa lah dia sekotak rokok Dunhill. Suka la sangat! Bila dibuka penutup rokok,alangkah terkejut beruknya kawan apabila melihat rokok jenama lain pulak yang ada di dalam kotak. Adoyai. 


Nak dijadikan cerita, terpaksalah si mamat nie menghisap jugak rokok Winston berkotak Dunhill tu. Hahahahaha... Celaka betul mamat manalah yang rajin sangat tukar rokok dengan kotak nie???


p/s : rokok itu haram dan memudaratkan kesihatan. berhentilah merokok dan mengepau rokok kawan.

Sunday, October 3, 2010

CROCS palsu ke ori nie?

Barang kalau dah terlalu famous, ramai la yang berminat. Terutamanya negara China yang terkenal dengan barang2 tiruannya. Sebut saja jenama apa. Nike? Adidas? iPhone? Hinggalah kepada selipar. Disebabkan harganya terlalu mahal, timbullah idea daripada sekelompok manusia untuk menjadikan harganya murah dah paling penting berpatutan. Di sinilah lahirnya barang2 tiruan. Ada yang kata ini salah. Dan ada yang berpendapat sebaliknya. Walau apa pun pendapat orang, kita hanya boleh mendengar dan melupakannya. Hahaha... So,satu malam aku berjalan2 di suatu tempat yang terpaksa aku rahsiakan tapi sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berlegar-legar pada hujung minggu khasnya. Kalau tahu tempat nie bagus la. Tiba2, mata aku berjaya menangkap sesuatu yang menarik untuk dirakam oleh lensa kamera. LOGO CROCS yang terbaru edisi cetak rompak!


Hahahahahaha... Ori ke tak ori nie? Daripada pengamatan aku, bentuk dan rupa kasut saling tidak tumpah seperti yang original punya. Walaubagaimanapun, harganya yang terlampau murah sehingga menjangkau RM15 sepasang buatkan aku curiga.




Susunannya begitu cantik. Siapa yang tidak tertarik kan? Namun, kalau dah x ori tu memang xkan ori sampai bila2. Kalau nak murah, cari lah di pasar2 malam yang berdekatan dengan anda. Ya! Crocs murah!!!  Original ke tak original ke tolak tepi. Yang penting puas. Tak begitu?


p/s : kalau ada sesiapa yang tanya Crocs korang ori ke tak, jangan jawab. 

Nasi Goreng Sotong



Masa perut lapar, mula la mengidam nak makan macam2. Maka, terjadilah cerita ini di suatu malam yang hening. Aku pun masuk la satu kedai yang nampak macam gah je. Nama je dah sedap. Hassanatul Tomyam. Tengok menu die penuh dengan senarai makanan. Ini yang aku tak sabar nak order sangat2! Duit pun x ramai. Terpaksalah order makanan yang simple2 je. "Akak, bagi teh o ais satu. Makan bagi saya.....hmmmm.......nasi goreng sotong satu la"...First time aku nak merasa nasi goreng sotong. Apa yang spesial sangat hah? Kita tunggu! 15 minit lepas tu,pesanan pun sampai. "Ish! apa nie?"... Ini bukan nasi goreng sotong! Ini nasi goreng DENGAN sotong! Sudah la nasi pun goreng simple je. Apa kejadah nie???  Arggghhh!!! Bedal saja la. Perut pun dah lapar nie. Makan dulu, komplen kemudian!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Perut pun tak ikhlas dalam menunjukkan kekenyangan. Nampak sangat tak sedap! (5 minit selepas makan).




p/s : secara automatiknye kedai ini ditolak...tapi beb,rezeki tetap rezeki! Tak baik menghina rezeki kan. Hahaha...

Friday, October 1, 2010

Kemalangan Pukul 3 pagi

Dalam perjalanan pulang dari Cheras, aku terserempak dengan seorang mamat melambai-lambaikan cahaya lampu suluh kecilnya. Hati kecil mula gelisah sikit2. "Roadblock ke?"... Nampak kon oren tersusun cantik di tengah jalan. Fuuuhhh... Kontraktor buat kerja rupanya. "Nasib baik bukan roadblock"... Aik! Buat apa nak gelabah. Aku ok je. Lesen ada. Roadtax pun ada. Alaa, saje nak gelabah sikit. Jalan depan sikit dalam 100 meter kemudian, nampak ada dua biji kereta bawa slow je. Ada la tiga empat biji kereta tepi jalan dengan masing2 pasang lampu signal kiri. "Ini macam roadblock la"... Tapi, tak ada Polis DiRaja Malaysia pun. Tiba2, terpampang depan biji mata aku. Sebuah kereta Gen2 kaler hijau terbalik tengah jalan. Uishh! Teruk accident nie. "Takpe,kita bawa slow je sambil tengok2 kereta tu"... Pelik! Macam mana boleh terbalik ye. Hujan tak ada. Jalan kering je. (Ini kisah seorang rakyat Malaysia yang bajet prihatin dan sikapnya ini diamalkan oleh jutaan rakyat Malaysia yang lain). Lepas sikit je dari tempat kejadian,ada seorang awek cun dalam kereta Myvi putih tengah hulur kepala nak tengok apa tah. Bukan kerja aku la nak jaga tepi kain orang. Tak ada masa nak tanya gadis tu. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku pun senyum la. Aik! Dia senyum balik le pulak! Ada renspon nie. Malangnya, aku tak berhenti. Terlepas peluang keemasan seumur hidup. Hahahaha... Bila sampai depan Kedutaan US aku rasa macam nak pergi tengok la accident tu. Apa lagi. Dengan sepantas Ombak125 aku buat U-Turn kat traffic light Jalan Ampang untuk patah balik ke tempat kejadian. Tak disedari, tangan aku terpegang poket kanan. Ini kamera. Memang bagus! Boleh amik gambar nie. 




3 minit kemudian, gambar berjaya dirakam. Aku tanya brader sebelah. "Mabuk ke?"... "Tak tahu la bro. Aku pun baru sampai gak. Tapi, dorg cakap Melayu yang accident"... Aku pun cuba selidik. Oooooo, selamat rupanya pemandu tu. Pelik bin hairan sangat2. Aku tengok mangsa tu. Sihat walafiat je. Kereta remuk teruk bahagian depan. Ajaib! Masih hidup lagi. Mungkin belum tiba ajal la mamat nie. Polis pun dah mula ramai lepas tu. Atas niat tak nak buat semak kat tengah Jalan Tun Razak tu, aku ambil langkah untuk blah. Macam biasa, ramai la rakyat Malaysia yang prihatin macam aku cuba memperlahankan kenderaan untuk tengok situasi sebenar. Diulangi, TENGOK! Sebab banyak sangat kereta beratur, ada sorang brader polis nie ngan selambanya arahkan pemandu2 nie melencong kenderaan ke arah Bulatan Kampung Pandan. Jam 3.30 a.m, aku beransur2 pulang. Mata pun dah kuyu. Dalam hati ..."Nasib baik bawa kamera. Dapat juga aku ambil gambar untuk kenang-kenangan".....


p/s : berhati-hati ketika mengawal kenderaan anda. Lebih baik kawal kenderaan daripada anda dikawal oleh bini anda (queen contol le nie...) hahaha...