Saturday, October 29, 2011

Transformer di sebalik tabir

Transformer, bukan lagi nama yang asing untuk kita pada hari ini. Siapa yang tidak kenal dengan Bumblebee berwarna kuning itu. Ada sesiapa tahu tentang kehidupan mereka? Nak tahu? Segala-segalanya adalah mengenai Trans!


Ini adalah Transformer :


Transformer juga ada ibubapa seperti kita, iaitu TransPARENT :


Transformer bukan anak sulung. Dia mempunyai seorang kakak, TranSISTOR :


Apabila cuti panjang, Transformer akan pulang ke kampung menaiki Transnasional :


Selamat menjalani kehidupan sebagai Transformer!

Tuesday, October 11, 2011

Cerita "Aku Sangat Letih!"

Selama beberapa tahun ini aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku. Aku keletihan kerana terlebih kerja. Nak tahu kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku .

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.

Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.

Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU!

Daripada dua orang ini, engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung.

Jadi tinggallah aku seorang yang buat kerja dalam Malaysia ni.

MANA AKU TAK LETIH!!

Jadi sedarlah skit. Dahhhh..!!! Pi buat kerja!!!