Tuesday, December 4, 2012

Download File Torrent Menggunakan Internet Download Manager

Bahasa Melayu : Download file torrent menggunakan Internet Download Manager
Bahasa Inggeris : Guide to download torrent file using Internet Download Manager

Sengaja saya meletakkan tajuk post kali ini dalam dua bahasa untuk menarik lebih ramai pembaca mendapat maklumat berguna ini.

Pembaca sekalian,
Dunia hari ini cepat berubah di mana filem2 Melayu mahu pun Inggeris tidak lagi diperolehi di kedai-kedai CD tetapi dengan mudah dimuatturun daripada internet. Bagi pengguna IDM, kita selalunya download file daripada storage website seperti Mediafire, Uploading, 4Shared, Rapidshare, Hulkshare dan lain-lain lagi.

Perubahan ini telah memaksa pihak berkuasa melaporkan kepada empunya website tersebut untuk membuangnya daripada simpanan. Sebab itulah banyak link2 yang dah mati. RIP...

Di pagi yang sejuk ini (Selasa, 04:06 am), saya akan berkongsi satu kaedah untuk memuat turun file torrent daripada website torrent seperti PirateBay menggunakan Internet Download Manager. Seperti yang diketahui, IDM boleh meningkatkan kelajuan muatturun sehingga 400% dan kehebatan ini memang tidak boleh ditandingi oleh Bittorrent atau pun uTorrent.

Perkara yang diperlukan:
1. Internet
2. Internet Download Manager
3. Kesabaran (Sabar menunggu file download)

Hanya ada 6 step. Ianya mudah dan ringkas!

(1) Buka website torrent dan cari file yang nak di muat turun. Seperti contohnya, saya menggunakan PirateBay. File yang saya nak download adalah filem The Dark Night Rises (2012). Pada GET THIS TORRENT, Right Click dan pilih Copy link adress.

(2) Buka zbigz.com.

(3) Paste pada kotak yang disediakan. Klik GO.

(4) Pilih FREE. Kalau jadi member(kena bayar), pilih PREMIUM.

(5) Tunggu sehingga button ZIP muncul. Kadang2 button DOWNLOAD yang muncul. Klik button ZIP.

(6) Tunggu sampai IDM muncul macam dalam screenshot ni. Akhirnya, anda berjaya download torrent file menggunakan IDM!!!

Saturday, November 17, 2012

Mentaliti Rosak atau Harga Plastik Mahal?

Saya masih tertanya-tanya adakah harga plastik sampah sudah naik harga sehinggakan peristiwa sebegini boleh berlaku. Gambar ini dirakamkan di sebuah pasar pagi di Kedah.

Tuesday, May 8, 2012

Format Laptop Menggunakan USB @ Pendrive

Dalam post yang lepas, saya telah tunjukkan cara untuk format laptop menggunakan CD. Dalam post ini saya akan tunjukkan cara menggunakan USB sebagai bootable device.

Download Win Setup Format USB 1.0 dulu. Software tu macam gambar di bawah.



P/S : 
(1) Sebelum format, anda perlu tukar boot options pada laptop anda terlebih dahulu kepada boot from USB. Contohnya laptop jenis Compaq, ketika Startup tekan ESC.
(2)FORMAT USB @ PENDRIVE ANDA DAHULU SEBELUM GUNA SOFTWARE INI!
(3) Cara format laptop guna USB @ Pendrive sama saja macam format guna CD.
(4) Maafkan saya kerana tutorial sebelum ini tidak berapa tepat dan saya telah memperbetulkan kesilapan saya. Sila ikut step by step. Maafkan saya juga kerana tidak dapat menjawab persoalan anda kerana saya terlalu sibuk dengan urusan kerja. Walaubagaimanapun, saya akan tetap cuba untuk menjawab sebarang kemusykilan sebanyak yang mungkin.
(5) Post saya original dan percuma. Saya benarkan anda untuk berkongsi dengan seberapa ramai yang anda mahukan.

Download :
http://www.mediafire.com/download.php?a6acg8e65i2u3j6

Wednesday, January 11, 2012

Kenapa saya malas bangun pagi?


Fenomena yang sering terjadi pada waktu pagi :


1. Jam loceng berbunyi. Tak kiralah jam loceng ke atau pun alarm handphone, lagu atau pun bunyi kriiinngggg. Selalunya pukul 7.00 a.m. Kita akan membuka mata satu persatu. Tangan mencari-cari lokasi handphone. Ya! Sudah dijumpai. POSTPONE!


2. Kita kembali semula ke alam mimpi. 


3. 5 minit kemudian, loceng sekali lagi berbunyi. POSTPONE!


4. Kita dibuai mimpi sekali lagi.


5. KRIIIIIINNNNGGGGGG!!!!!!!!!!! Loceng berbunyi kali ketiga!


6. Kita bangun. Tangan terus mencapai tuala. Kita berjalan ke bilik air sambil melihat tilam di belakang.


7. Inilah waktunya kita merasakan bahawa tilam adalah tempat paling seronok di dunia!


8. Kita merindukannya. Sayangnya, ini bukan hari cuti.


9. Jika hari cuti?


10. Sila lihat nombor 5.


11. Kita POSTPONE loceng lagi.


12. Tiba-tiba, nampak sesuatu di luar tingkap.


13. Rupa-rupanya hujan. 


14. Ahhhhhh......sedapnya tidur!