Tuesday, December 4, 2012

Download File Torrent Menggunakan Internet Download Manager

Bahasa Melayu : Download file torrent menggunakan Internet Download Manager
Bahasa Inggeris : Guide to download torrent file using Internet Download Manager

Sengaja saya meletakkan tajuk post kali ini dalam dua bahasa untuk menarik lebih ramai pembaca mendapat maklumat berguna ini.

Pembaca sekalian,
Dunia hari ini cepat berubah di mana filem2 Melayu mahu pun Inggeris tidak lagi diperolehi di kedai-kedai CD tetapi dengan mudah dimuatturun daripada internet. Bagi pengguna IDM, kita selalunya download file daripada storage website seperti Mediafire, Uploading, 4Shared, Rapidshare, Hulkshare dan lain-lain lagi.

Perubahan ini telah memaksa pihak berkuasa melaporkan kepada empunya website tersebut untuk membuangnya daripada simpanan. Sebab itulah banyak link2 yang dah mati. RIP...

Di pagi yang sejuk ini (Selasa, 04:06 am), saya akan berkongsi satu kaedah untuk memuat turun file torrent daripada website torrent seperti PirateBay menggunakan Internet Download Manager. Seperti yang diketahui, IDM boleh meningkatkan kelajuan muatturun sehingga 400% dan kehebatan ini memang tidak boleh ditandingi oleh Bittorrent atau pun uTorrent.

Perkara yang diperlukan:
1. Internet
2. Internet Download Manager
3. Kesabaran (Sabar menunggu file download)

Hanya ada 6 step. Ianya mudah dan ringkas!

(1) Buka website torrent dan cari file yang nak di muat turun. Seperti contohnya, saya menggunakan PirateBay. File yang saya nak download adalah filem The Dark Night Rises (2012). Pada GET THIS TORRENT, Right Click dan pilih Copy link adress.

(2) Buka zbigz.com.

(3) Paste pada kotak yang disediakan. Klik GO.

(4) Pilih FREE. Kalau jadi member(kena bayar), pilih PREMIUM.

(5) Tunggu sehingga button ZIP muncul. Kadang2 button DOWNLOAD yang muncul. Klik button ZIP.

(6) Tunggu sampai IDM muncul macam dalam screenshot ni. Akhirnya, anda berjaya download torrent file menggunakan IDM!!!

Saturday, November 17, 2012

Mentaliti Rosak atau Harga Plastik Mahal?

Saya masih tertanya-tanya adakah harga plastik sampah sudah naik harga sehinggakan peristiwa sebegini boleh berlaku. Gambar ini dirakamkan di sebuah pasar pagi di Kedah.

Tuesday, May 8, 2012

Format Laptop Menggunakan USB @ Pendrive

Dalam post yang lepas, saya telah tunjukkan cara untuk format laptop menggunakan CD. Dalam post ini saya akan tunjukkan cara menggunakan USB sebagai bootable device.

Download Win Setup Format USB 1.0 dulu. Software tu macam gambar di bawah.



P/S : 
(1) Sebelum format, anda perlu tukar boot options pada laptop anda terlebih dahulu kepada boot from USB. Contohnya laptop jenis Compaq, ketika Startup tekan ESC.
(2)FORMAT USB @ PENDRIVE ANDA DAHULU SEBELUM GUNA SOFTWARE INI!
(3) Cara format laptop guna USB @ Pendrive sama saja macam format guna CD.
(4) Maafkan saya kerana tutorial sebelum ini tidak berapa tepat dan saya telah memperbetulkan kesilapan saya. Sila ikut step by step. Maafkan saya juga kerana tidak dapat menjawab persoalan anda kerana saya terlalu sibuk dengan urusan kerja. Walaubagaimanapun, saya akan tetap cuba untuk menjawab sebarang kemusykilan sebanyak yang mungkin.
(5) Post saya original dan percuma. Saya benarkan anda untuk berkongsi dengan seberapa ramai yang anda mahukan.

Download :
http://www.mediafire.com/download.php?a6acg8e65i2u3j6

Wednesday, January 11, 2012

Kenapa saya malas bangun pagi?


Fenomena yang sering terjadi pada waktu pagi :


1. Jam loceng berbunyi. Tak kiralah jam loceng ke atau pun alarm handphone, lagu atau pun bunyi kriiinngggg. Selalunya pukul 7.00 a.m. Kita akan membuka mata satu persatu. Tangan mencari-cari lokasi handphone. Ya! Sudah dijumpai. POSTPONE!


2. Kita kembali semula ke alam mimpi. 


3. 5 minit kemudian, loceng sekali lagi berbunyi. POSTPONE!


4. Kita dibuai mimpi sekali lagi.


5. KRIIIIIINNNNGGGGGG!!!!!!!!!!! Loceng berbunyi kali ketiga!


6. Kita bangun. Tangan terus mencapai tuala. Kita berjalan ke bilik air sambil melihat tilam di belakang.


7. Inilah waktunya kita merasakan bahawa tilam adalah tempat paling seronok di dunia!


8. Kita merindukannya. Sayangnya, ini bukan hari cuti.


9. Jika hari cuti?


10. Sila lihat nombor 5.


11. Kita POSTPONE loceng lagi.


12. Tiba-tiba, nampak sesuatu di luar tingkap.


13. Rupa-rupanya hujan. 


14. Ahhhhhh......sedapnya tidur!

Thursday, December 15, 2011

50 fakta yang anda perlu tahu tentang lelaki

Bacaan ini untuk kaum Hawa sahaja. Lelaki pun boleh juga kalau nak baca.


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).


2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).


3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).


4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).


5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).


6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).


7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).


8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).


9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).


10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).


11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.


12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).


13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).


14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.


15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.


16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).


17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).


18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).


19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).


20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).


21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).


22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).


23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).


24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).


25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.


26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.


27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).


28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.


29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.


30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.


31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).


32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.


33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.


34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.


35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.


36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.


37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.


38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.


39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).


40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).


41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.


42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.


43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.


44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.


45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.


46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).


47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).


48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)


49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.


50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Saturday, December 3, 2011

5 Perkara Yang Tidak Patut Dibuat Ketika Majlis Kahwin (yang diuruskan oleh catering)


1.     Ambil makanan banyak-banyak. Nasi dah setinggi gunung kinabalu. Lepas tu, makan tak habis. Itu pembaziran. Anda tahu tak yang pembaziran itu amalan syaitan. Maknanya syaitan selalu mengamalkannya. Anda ni syaitan ke? Kalau bukan, anda ni peminat setia syaitan ke? Atau anda sahabat karib dunia akhirat syaitan? Itu satu hal. Satu hal lagi anda telah menyusahkan waiter. Nak kena angkat pinggan anda yang penuh dengan sisa makanan. Bersepah pula tu. Itu baru anda seorang. Kalau tuan rumah jemput 1000 jemputan, dan ada 300 orang macam anda? Berserabut kepala waiter nak kemaskan untuk anda. Ambillah sikit-sikit makanan tu. Kenapa? Takut makanan habis? Tak habis punya la kalau anda datang awal. Ambil sedikit makanan. Kalau tak cukup, tambah la lagi. Tak susah pun. Anda senang, waiter senang, biar syaitan sakit hati.

2.     Jangan datang lambat. Anda harus ingat! Masjlis perkahwinan selalunya akan berakhir pada jam 4 petang. Kadang-kadang selepas pengantin sampai dan makan beradab, jemputan akan berkurangan atau pun tidak ada langsung. Kalau anda datang lambat, makanan akan habis. Kalau makanan ada pun, anda akan makan mengalahkan siput babi makan daun. Siput babi pun boleh menang kalau lawan makan paling cepat dengan anda. Maka terpaksalah si waiter-waiter menunggu anda habis makan. Nak kemas tak boleh. Sebab masih ada tetamu sedang makan. Walhal, waktu kenduri sudah habis. Si waiter pun nak balik juga. Kenapa anda datang lambat? Anda VVVVVVVVIP ke??? Sudah la datang lambat, nak makan meja VIP yang ada dom. Kena lagi kat waiter catering terpaksa top-up lauk untuk anda. Tahu tak yang penggunaan dom hanya sekali sahaja pada satu-satu majlis. TIDAK ADA KALI KEDUA!!! Secara automatiknya dom akan ditutup selepas kali pertama!

3.     Waiter catering bukan hamba abdi anda. Kalau nak minta sesuatu, minta elok-elok. Pastikan yang permintaan anda itu berbaloi dan logik. Jangan minta buah durian ketika buah oren sudah disediakan. Mana pernah orang jamu buah durian masa majlis perkahwinan.

4.     Makan bersepah-sepah. Bersepah meja kalau anda makan. Tisu bertaburan di atas meja. Semua dah pakai. Kulit buah oren buang atas meja. Tulang ayam letak atas meja. Apa guna pinggan yang diberi? Cuba makan elok-elok. Jaga kebersihan. Meja pun tidak kotor.

5.     Meja yang disediakan tidak cukup jika ada 100 orang yang suka melepak lama-lama sambil merokok. Air pun tak cukup. Apa ntah lagi pinggan. Duduk sampai 2 jam. Selama 2 jam itu, anda tambah air. Tambah air lagi. Pun masih tambah air. Lapar balik. Tambah lagi lauk. Makan tak habis anda biarkan. Anda ambil lauk yang lain dengan pinggan baru. Anda tambah minuman dengan gelas baru. Kenapa tak pakai satu gelas je? Kotor? Anda sendiri yang pakai. Kalau cakap kotor, maknanya anda mengaku yang diri anda seorang pengotor.

Iklan Paling Mengancam, Stylo, Dan Pelik