Wednesday, July 27, 2011

Proton Inspira - Smart Guys Get It


Proton Inspira - satu lagi model terbaru daripada jenama Proton. Dilancarkan pada 10 November 2010. Proton Inspira dikatakan menggantikan model lama Proton iaitu Proton Waja. Rekabentuknya amat mirip kepada Mitsubishi Lancer kerana pihak Mitsubishi telah menjual rekaannya kepada Proton. Hasilnya, Proton akan membayar sejumlah wang kepada Mitsubshi sebagai royalti. Berita gembira buat peminat Lancer di Malaysia yang "kaya-raya" - kalau duit simpanan tak cukup, bolehlah beli Proton Inspira ni. Performance pun mantap!


Ada orang kata yang orang Malaysia ni sangat 'kaya', "...beli kereta Lancer, pastu cabut lambang Mitsubishi ganti dengan lambang Proton..." . Aku pun tak tahu samada ayat ni nak memerli atau memuji.












Senarai harga : 
Semenanjung Malaysia
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Sabah & Sarawak
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Pulau Langkawi
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

Malaysia VS Singapura


       23 Julai yang lepas menyaksikan Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura di Stadium Singapura. Walaupun tewas kepada negara jiran itu, pasukan Malaysia telah menunjukkan satu corak perlawanan yang bagus di hadapan ribuan penyokong Malaysia. Gol pertama yang disumbatkan pada minit yang pertama selepas sahaja sepak mula membuatkan pemain Malaysia berasa terlalu yakin untuk menang dalam perlawanan tersebut. Kealpaan benteng pasukan Harimau Malaya dihukum oleh pasukan singa dengan jaringan 4 gol pada babak pertama oleh pemain-pemain import Singapura yang ditukar kewarganegaraan mereka menjadi penduduk negara kecil itu.


       Pada babak kedua selepas wisel permulaan ditiupkan, pasukan Harimau Malaya mula mencari rentak permainan semula. Keputusannya, mereka berjaya menyumbat 2 gol sekaligus membuatkan jarak gol antara pasukan Harimau Malaya dan Singapura menjadi satu gol. Dek kerana kelemahan di bek pertahanan, sekali lagi pasukan Harimau Malaya dihukum dengan jaringan satu gol oleh pasukan lawan.


       Dalam perlawan ini menyaksikan dua orang pemain dilayangkan kad merah. Masing-masing dari pasukan Harimau Malaya dan Singapura. Pada minit ke-49, Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengangkat kaki tinggi ke arah pemain lawan. Manakala, pada minit ke-53 pemain Singapura Ismail Yunus pula dilayangkan kad merah kerana mendapat dua kad kuning. Perlawanan mula menjadi adil dengan kedua-dua belah pihak mempunyai 10 orang pemain.


Keputusan penuh menunjukkan (Harimau Malaya 3 - 5 Singapura).


Berikut merupakan senarai panjaring gol pada perlawan kelayakan Piala Dunia tersebut :
Minit-1 : Safee Sali (Malaysia)
Minit-7 : Aleksandar Duric (Singapura)
Minit-21 : Qiu Li (Singapura)
Minit-43 : Mustafic Fahrudin (Singapura)
Minit-45 : Shahril Ishak (Singapura)
Minit-68 : Abdul Hadi (Malaysia)
Minit-70 : Safee Sali (Malaysia)
Minit-81 : Aleksandar Duric (Singapura)


Pada hari Khamis ini (28 Julai 2011) bakal menyaksikan sekali lagi pasukan Harimau Malaya akan berentap dengan pasukan Singapura di Stadium Bukit Jalil. Selamat Maju Jaya untuk HARIMAU MALAYA!!!


JOM KITA PENUHKAN STADIUM BUKIT JALIL!!!

Thursday, July 21, 2011

Kerja Paling Best di Dunia!

Ada sesiapa nak kerja ni?
Kalau dapat sniper takpe, tapi kalau dapat kat penembak baru nak belajar macam mana?
Boleh tempah kubur la jawabnya...!

Mona Lisa Takes A Break

Setelah sekian lama Makcik Mona Lisa berdiri kaku di dalam gambar, hari ini beliau ingin mengambil masa seminit dua untuk melepaskan lelah. Al-maklumlah, beratus tahun tak boleh bergerak, badan pun rasa lenguh-lenguh. Layan la makcik oi!



Kasut NIKE Terbaru!!!

Spiderman Tersalah Movie

Soalan Matematik Yang Membodohkan Orang


Secara kajiannya, soalan ini telah memperbodohkan ramai orang. Hampir 1.5 juta pelajar menjawab soalan ini dengan salah. Persoalannya, kenapa? Mari kita lihat soalannya : 6÷2(1+2)=?.......Cuba anda kira. 


Adakah jawapan yang anda dapat adalah 1?
Atau pun 9?


Kenapa berbeza? Jawapannya mudah saja. Pertama sekali, kita selalu mengira begini kan 
= 6÷(2(3))
=6÷6
=1
Betul kan?


Tetapi, jawapan yang sebenar adalah 9. Kiraannya adalah begini :
=6÷2(1+2)
=3(3)
=9


Jika anda menggunakan kalkulator, jawapannya adalah sembilan kerana :
=6/2(1+2)
=3(3)
=9


Jadi, anda cerdik ke kurang cerdik sekarang?
Jawapannya, soalan ini yang bangang! Dah tak ada soalan lain lagi ke nak buat???!!!!???