Tuesday, December 4, 2012

Download File Torrent Menggunakan Internet Download Manager

Bahasa Melayu : Download file torrent menggunakan Internet Download Manager
Bahasa Inggeris : Guide to download torrent file using Internet Download Manager

Sengaja saya meletakkan tajuk post kali ini dalam dua bahasa untuk menarik lebih ramai pembaca mendapat maklumat berguna ini.

Pembaca sekalian,
Dunia hari ini cepat berubah di mana filem2 Melayu mahu pun Inggeris tidak lagi diperolehi di kedai-kedai CD tetapi dengan mudah dimuatturun daripada internet. Bagi pengguna IDM, kita selalunya download file daripada storage website seperti Mediafire, Uploading, 4Shared, Rapidshare, Hulkshare dan lain-lain lagi.

Perubahan ini telah memaksa pihak berkuasa melaporkan kepada empunya website tersebut untuk membuangnya daripada simpanan. Sebab itulah banyak link2 yang dah mati. RIP...

Di pagi yang sejuk ini (Selasa, 04:06 am), saya akan berkongsi satu kaedah untuk memuat turun file torrent daripada website torrent seperti PirateBay menggunakan Internet Download Manager. Seperti yang diketahui, IDM boleh meningkatkan kelajuan muatturun sehingga 400% dan kehebatan ini memang tidak boleh ditandingi oleh Bittorrent atau pun uTorrent.

Perkara yang diperlukan:
1. Internet
2. Internet Download Manager
3. Kesabaran (Sabar menunggu file download)

Hanya ada 6 step. Ianya mudah dan ringkas!

(1) Buka website torrent dan cari file yang nak di muat turun. Seperti contohnya, saya menggunakan PirateBay. File yang saya nak download adalah filem The Dark Night Rises (2012). Pada GET THIS TORRENT, Right Click dan pilih Copy link adress.

(2) Buka zbigz.com.

(3) Paste pada kotak yang disediakan. Klik GO.

(4) Pilih FREE. Kalau jadi member(kena bayar), pilih PREMIUM.

(5) Tunggu sehingga button ZIP muncul. Kadang2 button DOWNLOAD yang muncul. Klik button ZIP.

(6) Tunggu sampai IDM muncul macam dalam screenshot ni. Akhirnya, anda berjaya download torrent file menggunakan IDM!!!