Wednesday, January 11, 2012

Kenapa saya malas bangun pagi?


Fenomena yang sering terjadi pada waktu pagi :


1. Jam loceng berbunyi. Tak kiralah jam loceng ke atau pun alarm handphone, lagu atau pun bunyi kriiinngggg. Selalunya pukul 7.00 a.m. Kita akan membuka mata satu persatu. Tangan mencari-cari lokasi handphone. Ya! Sudah dijumpai. POSTPONE!


2. Kita kembali semula ke alam mimpi. 


3. 5 minit kemudian, loceng sekali lagi berbunyi. POSTPONE!


4. Kita dibuai mimpi sekali lagi.


5. KRIIIIIINNNNGGGGGG!!!!!!!!!!! Loceng berbunyi kali ketiga!


6. Kita bangun. Tangan terus mencapai tuala. Kita berjalan ke bilik air sambil melihat tilam di belakang.


7. Inilah waktunya kita merasakan bahawa tilam adalah tempat paling seronok di dunia!


8. Kita merindukannya. Sayangnya, ini bukan hari cuti.


9. Jika hari cuti?


10. Sila lihat nombor 5.


11. Kita POSTPONE loceng lagi.


12. Tiba-tiba, nampak sesuatu di luar tingkap.


13. Rupa-rupanya hujan. 


14. Ahhhhhh......sedapnya tidur!